Tuesday, October 2, 2007

Sayonara semua..

MARI MENYANYI BERSAMA GURU MUZIK ANDA..

SAYONARA...
Sayonara..sayo..nara sampai berjumpa lagi..2x
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang dimata tapi di hati tidak lupa..
Berdoalah kita agar aman dan sentosa..
Kalau panjang umur kita akan berjmpa lagi...

Tuai padi antara MASAK..
esok jangan rindu rinduaan..
Intai kami antara nampak.
Esok jangan rindu rinduan..

Now is time to say gud bye..for the summer
baby i promise 2u
I sent u all my dream
everyday in the EMAIL
cos..bla bla.bla

Kini...tiba saat berpisah jangan bersADIS hati,,
Kini ..akan tiada lagi belaian mesra cumbu dan rayu
Walau nanti jauh di mata tapi dekat dihati..
Namun hati ku kan selalu terbayangkan wajahmu...
Sayonara..sayonara..selamat tinggal kekasih hatiku..

Selamat..hari raya..minalaidil walfaizin..
Maaf zahir dan batin.

Monday, October 1, 2007

Cintakah kita

Dulu kita hangat menyulam cinta
Berjanji saling setia
Tiada apa yang menghalang
Tiada apa yang dapat mengoncang
Tiada apa apa yang bisa membinasakan
Itulah cinta kita
Dulu kita telah bersumpah
Bahawa hati kita jadi satu
Cintaku hanya untukmu
Cintamu hanya untukku
Itulah cinta kita
Dulu kita telah memilih
untuk hidup bersama
Kita juga saling percaya
bahawa cinta kita tiada akhirnya
Keputusan cinta itu
begitu besar harganya
Begitu bernilai bagai permata
Itulah cinta kita
Itu dulu
Kini kita seperti orang asing
Terpisah jauh
oleh tembok keegoan
Itulah cinta kita
Biar pun baru semusim pelayaran
Biar pun baru dikurnia buah cinta
Ya buah cinta kita
Zuriat tunggal kita
Itulah cinta kita
Kau biarkan aku sendirian
Melayari hidup ini tanpa pedoman
Tanpa perhatian dari insan bergelar teman
Aku bebas terbang menjelajah awan
Tanpa sekatan tanpa larangan
Mengapa kau biarkan
Aku kini sendirian
walau hakikatnya aku berteman
Itulah cinta kita
Kini musim bunga kembali
Haruman kasih mekar mewangi
Menceriakan kembali
lembaran hidupku kini
Inikah cinta
Aku keliru tersepit antara persahabatan
Kasih sayang dan perhatian teman
Inikah cinta
Tutur kata mempersona
Pendengar setia
Tempat ku meluah rasa
Tapi sayang ini bukan cintamu
Ini cintaku cintaku yang baru
Cintaku yang terlarang
Aku keliru dimanakah arah tuju
Cinta baruku ini
Oh tuhan berdosakah aku
Dosa kerana mencari cinta baru