Monday, October 1, 2007

Cintakah kita

Dulu kita hangat menyulam cinta
Berjanji saling setia
Tiada apa yang menghalang
Tiada apa yang dapat mengoncang
Tiada apa apa yang bisa membinasakan
Itulah cinta kita
Dulu kita telah bersumpah
Bahawa hati kita jadi satu
Cintaku hanya untukmu
Cintamu hanya untukku
Itulah cinta kita
Dulu kita telah memilih
untuk hidup bersama
Kita juga saling percaya
bahawa cinta kita tiada akhirnya
Keputusan cinta itu
begitu besar harganya
Begitu bernilai bagai permata
Itulah cinta kita
Itu dulu
Kini kita seperti orang asing
Terpisah jauh
oleh tembok keegoan
Itulah cinta kita
Biar pun baru semusim pelayaran
Biar pun baru dikurnia buah cinta
Ya buah cinta kita
Zuriat tunggal kita
Itulah cinta kita
Kau biarkan aku sendirian
Melayari hidup ini tanpa pedoman
Tanpa perhatian dari insan bergelar teman
Aku bebas terbang menjelajah awan
Tanpa sekatan tanpa larangan
Mengapa kau biarkan
Aku kini sendirian
walau hakikatnya aku berteman
Itulah cinta kita
Kini musim bunga kembali
Haruman kasih mekar mewangi
Menceriakan kembali
lembaran hidupku kini
Inikah cinta
Aku keliru tersepit antara persahabatan
Kasih sayang dan perhatian teman
Inikah cinta
Tutur kata mempersona
Pendengar setia
Tempat ku meluah rasa
Tapi sayang ini bukan cintamu
Ini cintaku cintaku yang baru
Cintaku yang terlarang
Aku keliru dimanakah arah tuju
Cinta baruku ini
Oh tuhan berdosakah aku
Dosa kerana mencari cinta baru

10 comments:

sykin said...

cinta adalah kurniaan dan anugerah terindah untuk setiap makhluk bernyawa. Semua benda punyai kunci ,kunci cinta adalah kejujuran dan ketelusan.Alhamdulillah aku mendapat kurniaan Allah yang satu ini. Semoga kita semua memperolehi cinta yang sejati

Guru Sejarah Tingkatan 3 said...

Cinta sesamaa manusia baharu sifatnya.tak kekal.sebagaimana alam ini jugak.masa boleh merubah segala..
seumpama pantai dan laut.mana ada yg kekal

su said...

cinta sejati adalah cinta kepada Allah. cinta hati dan perasaan hanyalah sementara dan bukan hak milik kita. andai ada cinta terlarang sematkanlah satu ...dia bukan untukku...sesungguhnya godaan syaitan itu amat kuat dan bentengnya adalah iman yg teguh.ingatlah buah hati tersayang ingatlah pasangan kiter..seburuk manapun dia perbetulkanlah didiklah ia...
suami suka tengok wanita cantik
sedangkan isteri berkain batik
salahkan isteri tak pandai bersolek
apa salahnyer suami berkorban wang ringgit utk kecantikan isteri
suami suka tgk wanita langsing
sedangkan isteri seperti tong dram
salahkan isteri tak pandai jaga badan
apa salahnyer suami temankan isteri kuruskan badan
suami suka tengok wanita seksi
sedangkan isteri tidak menyelerakan
salahkan isteri tak pandai jaga laki
apa salahnyer suami belikan baju yg seksi utk si isteri
suami suka wanita berpelajaran
sedangkan isteri org kampung tiada pendidikan]
salahkan isteri tidak boleh dibawa berbincang
apa salahnyer suami menanggung kos pengajian si isteri
lelaki suka wanita yang pandai memasak
sedangkan isteri hanya pandai goreng ikan
salahkan isteri tak pandai masak
apa salahnye si suami belikan buku resepi untuk isteri...
oh suamiku...baru kini ku sedar aku tidak boleh berjauhan dengan mu...
ada hikmah disebalik kursus ini...
terima kasih buat suami tersayang kerana sabar dalam mendidik dan isterimu...

Anonymous said...

suka tidak semestinya cinta...rapat tidak semestinya berkasih...berkawan tidak semestinya buaya...berchating tidak semestinye lari fokus...so kepada sesape yg kesunyian...boleh hilangkan kesunyian daripada menjalin cinta terlarang dgn berchating dengan pelbagai bangsa utk menambahkan ilmu pengetahun, menambahkan skil komunikasi dan skil menaip..betul tak...dont judge a book by its cover waalaupun dengan cover kiter tahu betapa bersungguhnye org tu buat kejer..cam cover cd ler bukan main cantik buka isi..tak der masuk virus..hehe

Anonymous said...

betul la kata sulia. tapi macam mana kalau isteri yang dah bosan dengan suami kerana tidak menghargai isteri. walau bersiap bagai puteri tak dipeduli, walau badan secantik model paris tidak lagi diingini,macam mana tu

Guru Sejarah Tingkatan 3 said...

suami xsuka isteri,ada care carenya.
macam bulan puasa kan..satu hari tak makan,time berbuka.apa2 saja yg terhidang akan dibelasah dgn lahapnya.SO.sekali sekala suami isteri elok berjauhan.sprt p kursus.kembara.dll
kalo masih xselera gak.hehe kena check la.maybe skru tercabut
apa2 pun.hukum alam mengatakan " setiap yg berlaku pasti bersebab,dan ada akibat serta implikasinya...
"usaha.doa.tawakal" senjata org mukmin

MR Zz said...

apa2 kelah kawan2..janji BAHAGIA

Unknown said...

kalau ku tahu siapa dirimu, akan ku pastikan kau tahu apa yang kau patut tahu...
jika kau tahu dirimu, kau takkan pasrah begitu...meyerahkan perjalanan hidup mu pada nafsu yang satu.....

MR RICHMAN said...

atoq la mana2 yg patut..jaj\nji happy enjoy..life os short beb..from..mr richman

ASFAMI said...

cinta byk pengertiannya..hem x semestinya kita suka bererti kita cinta n x semestinya kite benci itu dikira kita x menerimanya ,,,semua org ada pandangan memasing, so....kita enjoy!!!